Wednesday, July 13, 2016

Gunung Kinabalu via Mesilau 1.0 23.08.14 ~ 27.-8.14

Aku tak pernah terfikir dalam hidup aku akan mendaki Gunung Kinabalu . Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara berketinggian 4095 meter asl. Bila aku bagitau family aku yang aku nak mendaki gunung kinabalu..semua terkejut, sebab aku tak pernah mendaki gunung dan pengalaman aku mendaki hanyala gunung datuk dan bukit broga. Tetapi disebabkan semangat dalam diri, aku yakinkan pada mak aku yang aku boleh.

23.08.14- Aku ambil flight dari KL ke Kota Kinabalu dan disana ade driver yang menunggu, Disebab kan kami tidak book hotel di area Kinabalu park, kami terpaksa stay 1 malam si Kota Kinabalu. 
24.08.14- 6.30 pagi, kami memulakan perjalanan dari town ke Kinabalu Park, perasaan teruja, takut, nervous sume ade, sebb ini bukan calang2 gunung yang aku akan naik.
Sampainya di Kinabalu Park, kami register dan diberi guide dan lunch pack pun da tersedia lalu kami di bawa ke Trail Mesilau. 
Kami pun memulakan perjalanan dengan dimulakan dengan doa meminta dipermudahkan pendakian kami.

Laluan Mesilau dalam 8 km ke Laban rata, agak jauh dari laluan Timpohon, Tetapi ape yang aku bole cakap... Mesilau Trail sangat cantik, kami lalu di lereng gunung, view yang memang tidak akan dapat di laluan Timpohon.


Tali sepanjang naik ke puncak

Donkey Ears



Proud to be Malaysian


Kami sampai di Laban Rata dalam pukul 8 malam,sangat lambat sebb aku kena tunggu seorang kawan yang injured. sampai di Laban rata, kami dinner salin baju untuk summit dan tido

25.08.14-1.30 pagi, kami siap2 untuk summit attack, dalam kesejukan 2 degree, selepas makan  kami terus mendaki sehingga ke Sayat sayat Hut. Aku sampai di Sayat sayat dalam pukul 4.30 pagi. Kemudian aku meneruskan perjalanan ke puncak. 

Disebabkan aku kena mild AMS, (Accurate Mountain Sickness), so aku xdapat teruskan sehingga ke puncak . So aku hanya sampai di kilometer 8.0 , ambil gambar banyak2 buat kenangan then aku turun.

Tapi aku janji dalam hati, yang aku akan sampai ke puncak kinabalu suatu hari nanti...insyaallah...


No comments:

Post a Comment